Friday, March 11, 2011

Peperiksaan Pertengahan Penggal I SMK Beladin 2011

Bermula 28 Febuari hingga 11 Mac yang lalu, Peperiksaan Pertengahan Penggal pertama telah diadakan di SMK Beladin. Peperiksaan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap pemahaman dan penguasaan pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diajarkan di dlaam kelas. Peperiksaan yang dijalankan selama 2 minggu ini melibatkan semua warga SMK Beladin, dan telah dijalankan dengan jayanya selama 2 minggu.


Peperiksaan sedang berlangsung
Sepanjang tempoh 2 minggu, peperiksaan ini telah berjaya disempurnakan dengan baik tanpa menghadapi sebarang insiden yang tidak diingini. Bermula dengan kertas ujian untuk matapelajaran wajib, kesemua pelajar telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi semasa menjawab soalan. Berdasarkan kepada tinjauan dan temuramah berberapa orang pelajar sekolah, peperiksaan yang dijalankan pada kali ini sememangnya sedikit berbeza daripada siri peperiksaan sebelumnya, memandangkan pada kali ini, pihak UPP (Unit Pengurusan Peperiksaan) SMK Beladin telahpun menguatkuasakan berberapa peraturan dan garis panduan peperiksaan yang baru, seperti mewajibkan penggunaan kertas OMR sekolah, penguatkuasaan susunan meja yang standard, pengosongan bilik dan dewan peperiksaan sebelum dan selepas setiap sesi ujian, dan prosedur pengagihan serta penghantaran kertas soalan dan skrip jawapan.
Pelajar sedang khusuk menjawab soalan

Saturday, March 5, 2011

SMK Beladin: Kejohanan Olahraga MSS Betong Day 6 ; Closing Cer...

SMK Beladin: Kejohanan Olahraga MSS Betong Day 6 ; Closing Cer...: "Keputusan hari terakhir Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong 20115 MAC 2011, merupakan hari terakhir untuk Kejohanan Olahraga MSS Bahagi..."

Kejohanan Olahraga MSS Betong Day 6 ; Closing Ceremony

Keputusan hari terakhir Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong 2011
5 MAC 2011, merupakan hari terakhir untuk Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong. Setelah 6 hari perjuangan, secara rasminya SMK Beladin telah menduduki tempat ke 11, dan berkongsi kedudukan dengan SMK Pusa. Biarpun kedudukan ini menghampiri kedudukan terakhir, namun pencapaian ini masih dapat dibanggakan, memandangkan sekolah ini merupakan antara sekolah yang masih 'muda; dari segi umurnya. Adalah diharapkan agar kedudukan ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang. Majulah Sukan Untuk SMK Beladin!
Kontijen SMK Beladin
Dalam keadaan cuaca yang semakin panas, kontijen SMK Beladin bersama-sama dengan kontijen sekolah lain tetap bersabar untuk mengikuti serta menjayakan Majlis Penutupan untuk temasya kali ini. Setelah menunggu, sekitar jam 1030HRS majlis penutupan pun dimulakan.
Sabar menunggu si dia...
Atlet terbaik kategori 15TKB ; Joshua dari SMK St. Augustine. The next Usain Bolt..
Seperti dijangka, SMK Saratok menjuarai kejohanan kali ini untuk tahun ke-4 berturut-turut
Puteri-pueri Betong yang akan menggalas harapan semua warga Betong ke Kejohanan peringkat negeri di Miri ( Kanan sekali ; Puteri SMK Beladin)
Istiadat menurunkan bendera oleh Unit Beruniform SMK Kabong
Istiadat Menurunkan Bendera Kejohanan telah disempurnakan
Penyerahan bendera kejohanan kepada tuan rumah 2012 ; SMK Beladin

Tuesday, March 1, 2011

Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong Kali Ke-8 2011

Bermula 29.2.2011 hingga 6.3.2011, Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong Kali ke-8 telah diadakan di Stadium Betong. Temasya tahunan ini disertai oleh semua sekolah rendah dan menengah di Bahagian Betong dan Bahagian Saratok, dan pada tahun ini, SMK Kabong telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah.


Persediaan atlit SMK Beladin telah bermula pada awal bulan Febuari, iaitu seminggu sebelum Kejohanan Merentas Desa MSS di SMK Ulu Layar, dan berakhir 2 hari sebelum tarikh pertandingan. Tempoh sebulan sememangnya tidak mencukupi untuk atlit dan jurulatih menyediakan kontijen dengan sebaiknya, namun berkat kesungguhan coach dan atlit yang tidak berbelah bahagi, setiap aspek persediaan telah diberikan perhatian sebelum tiba saat perjuangan di Stadium Betong.
Taklimat sebelum latihan

Coach Shirley  bersama dengan atlit sekolah
Panas atau hujan, sebelum subuh, siang atau petang (training malam tak ada lah), latihan tetap diteruskan. Atlit sekolah macam biasa, biarpun badan semakin lesu dan sakit disebabkan latihan yang semakin meningkat, namun mereka tetap meneruskan latihan dengan dibantu coach yang bertauliah.
Coach Jullihe sdang memberikan arahan semasa rutin latihan

Kontijen sekolah

Antara acara yang disertai oleh atlit sekolah

Antara guru SMK Beladin yang menjadi pegawai kejohanan. Biarpun dari sekolah yang sama, tiada markah lebih diberikan kepada pasukan sekolah SMK Beladin walaupun pelbagai cara digunakan. Komited, cekap and amanah.

Khemah yang disediakan untuk Kontijen SMk BEladin. Thanks to Datuk Rosli Uji di atas sumbangan khemah Pasar Tani. Sekolah ada payung jer.

Kedudukan keseluruhan pada hari pertama


Coach dan jurulatih yang sentiasa memberikan sokongan kepada pelajar



Usain Bolt wannabe... ah.. Usup Sontorian boleh lah kot.


The strongest man in SMK Beladin



Antara pegawai kejohanan yang berasal dari SMK Beladin. Terima kasih di atas bantuan yang diberikan.



Makanan tambahan kepada pelajar... Sumbangan ikhlas Dr. Azimin






Puteri harapan sekolah...

Larian Emas

Lompatan emas

Lompatan gangsa

Taklimat separuh hari

Makanan tengah hari (day 2). Nasi briyani perisa nasi biasa.

Solat tetap ditunaikan

Perbarisan kontijen sekolah


Datuk Alfred Jabu sebagai penaung n penaja utama kejohahnan kali ini


Tarian lemah gemalai sebagai tanda sambutan terhadap VVIP


Pengetua SMK Beladin





Lintas hormat dari kontijen SMk Beladin

Lintas hormat dari kontijen SMK Beladin

Pengurus pasukan ; Datuk Rosli Uji aka coach Rosli







Upacara menaikkan bendera kejohanan




Kibaran panji-panji sekolah semasa pembacaan ikrar kejohanan


The torch has been lit... let the race begin!!!






Larian emas kedua dari puteri sekolah ; Lini Kalina

First place youuu...


Kontijen sekolah bersama Tuan Pengetua SMK Beladin

Latihan diteruskan selepas acara sebelah petang selesai... Bukannya senang nak menggunakan trek untuk latihan.