Saturday, March 5, 2011

Kejohanan Olahraga MSS Betong Day 6 ; Closing Ceremony

Keputusan hari terakhir Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong 2011
5 MAC 2011, merupakan hari terakhir untuk Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong. Setelah 6 hari perjuangan, secara rasminya SMK Beladin telah menduduki tempat ke 11, dan berkongsi kedudukan dengan SMK Pusa. Biarpun kedudukan ini menghampiri kedudukan terakhir, namun pencapaian ini masih dapat dibanggakan, memandangkan sekolah ini merupakan antara sekolah yang masih 'muda; dari segi umurnya. Adalah diharapkan agar kedudukan ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang. Majulah Sukan Untuk SMK Beladin!
Kontijen SMK Beladin
Dalam keadaan cuaca yang semakin panas, kontijen SMK Beladin bersama-sama dengan kontijen sekolah lain tetap bersabar untuk mengikuti serta menjayakan Majlis Penutupan untuk temasya kali ini. Setelah menunggu, sekitar jam 1030HRS majlis penutupan pun dimulakan.
Sabar menunggu si dia...
Atlet terbaik kategori 15TKB ; Joshua dari SMK St. Augustine. The next Usain Bolt..
Seperti dijangka, SMK Saratok menjuarai kejohanan kali ini untuk tahun ke-4 berturut-turut
Puteri-pueri Betong yang akan menggalas harapan semua warga Betong ke Kejohanan peringkat negeri di Miri ( Kanan sekali ; Puteri SMK Beladin)
Istiadat menurunkan bendera oleh Unit Beruniform SMK Kabong
Istiadat Menurunkan Bendera Kejohanan telah disempurnakan
Penyerahan bendera kejohanan kepada tuan rumah 2012 ; SMK Beladin

Secara keseluruhannya, kejohanan ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam membentuk serta membudayakan sukan kepada semua warga sekola, terutamanya pelajar-pelajar di kawasan jajahan Betong dan Saratok. Biarpun pada kedudukan ke-11 daripada 14 buah sekolah yang bertanding, SMK Beladin telah berjaya membuktikan kekuatan dan kemampuan dalam setiap acara yang dipertandingkan, dan kesungguhan serta semangat tinggi yang ditunjukkan oleh atlet SMK Beladin bukan sahaja menjadi buah mulut pihak kawan, malah digeruni oleh pihak lawan. Terima kasih kepada peminat dan penyokong atlet sekolah, terima kasih tidak terhingga kepada pihak pentadbir, jutaan penghargaan kepada coach yang turut sama berjuang sehingga ke titisan darah terakhir, dan khas kepada atlet sekolah; andalah wira dan wirawati kami. JUMPA LAGI DI BELADIN 2012!

No comments:

Post a Comment