Friday, March 11, 2011

Peperiksaan Pertengahan Penggal I SMK Beladin 2011

Bermula 28 Febuari hingga 11 Mac yang lalu, Peperiksaan Pertengahan Penggal pertama telah diadakan di SMK Beladin. Peperiksaan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap pemahaman dan penguasaan pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diajarkan di dlaam kelas. Peperiksaan yang dijalankan selama 2 minggu ini melibatkan semua warga SMK Beladin, dan telah dijalankan dengan jayanya selama 2 minggu.


Peperiksaan sedang berlangsung
Sepanjang tempoh 2 minggu, peperiksaan ini telah berjaya disempurnakan dengan baik tanpa menghadapi sebarang insiden yang tidak diingini. Bermula dengan kertas ujian untuk matapelajaran wajib, kesemua pelajar telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi semasa menjawab soalan. Berdasarkan kepada tinjauan dan temuramah berberapa orang pelajar sekolah, peperiksaan yang dijalankan pada kali ini sememangnya sedikit berbeza daripada siri peperiksaan sebelumnya, memandangkan pada kali ini, pihak UPP (Unit Pengurusan Peperiksaan) SMK Beladin telahpun menguatkuasakan berberapa peraturan dan garis panduan peperiksaan yang baru, seperti mewajibkan penggunaan kertas OMR sekolah, penguatkuasaan susunan meja yang standard, pengosongan bilik dan dewan peperiksaan sebelum dan selepas setiap sesi ujian, dan prosedur pengagihan serta penghantaran kertas soalan dan skrip jawapan.
Pelajar sedang khusuk menjawab soalan

No comments:

Post a Comment