View Larger Map
PERJALANAN KE SMK BELADIN DARI KUCHING
Sekiranya anda datang dari arah Kuching, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah untuk mendapatkan kenderaan untuk ke Pusa, Betong. Kebiasaannya, kenderaan awam yang digunakan dari Kuching (atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ) untuk ke Beladin ialah dengan menggunakan perkhidmatan van. Terdapat berberapa syarikat pengangkutan van yang menyediakan perkhidmatan van dari Kuching ke Beladin, dan untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda perlulah membuat tempahan terlebih dahulu dengan menggunakan telefon.
Selain menaiki van, sebilangan penduduk di kawasan ini juga menaiki bot di kawasan Sebuyau untuk sampai ke Triso, sebelum meneruskan perjalanan dari Triso ke Kampung Maludam, Kampung Semarang, Kampung Sepinang, dan Kampung Beladin. Route kedua ini juga banyak digunakan oleh penduduk di kawasan ini untuk ke Kampung Beladin dari Kuching kerana masa yang digunakan untuk sampai ke destinasi adalah lebih singkat berbanding jalan utama, namun kelemahan jalan kedua ini adalah jumlah frekuensi pengangkutan awam (van) yang terhad untuk ke Sebuyau dari Kuching , perjalanan bot dari Sebuyau untuk ke Triso yang berdasarkan kepada jumlah penumpang dan juga jadual air pasang surut, serta van yang akan digunakan untuk ke Kampung Beladin dari Triso.
View Larger Map
View Larger Map
Alternatif lain yang boleh digunakan untuk ke Kampung Beladin ini ialah dengan menggunakan bas ekspress dari Kuching, tetapi cara ini disarankan HANYA untuk seseorang yang telah biasa dengan keadaan dan tempat di sini, dan tidak digalakkan untuk orang yang pertama kali untuk sampai ke daerah ini. Walaupun dengan menggunakan bas, anda masih lagi perlu untuk menaiki kenderaan lain untuk ke Kampung Beladin, dan van atau kereta prebet sapu digunakan untuk meneruskan perjalanan setelah anda sampai ke pekan Betong atau pekan Saratok ataupun terus berhenti di persimpangan jalan ke pekan Pusa.
Feri Tanjung Lilin, Pusa |
Setelah sampai di Pusa, perjalanan akan diteruskan dengan menggunakan feri untuk sampai ke Kampung Beladin, kerana Kampung Beladin ini terletak di seberang Sungai Saribas (Batang Saribas). Bagi kebanyakan penduduk dan pengguna setia feri ini, cabaran yang paling tinggi untuk ke Beladin adalah ketika menunggu feri ini untuk meneruskan perjalanannya. Sehingga artikel ini ditulis, perkhidmatan feri ini bermula seawal 0500HRS dan berakhir pada 2300HRS setiap hari. Walaupun jumlah feri yang terdapat di sini adalah sebanyak 2 buah, namun perjalanannya adalah bergantung kepada jumlah kenderaan yang telah memenuhi feri tersbut. Dengan kata lain, selagi feri tidak penuh, selagi itulah feri tersebut tidak akan berganjak dari tempatnya. Masa yang paling ideal untuk pergi ke feri ini (bagi mengelakkan masa menunggu yang sangat panjang ; 50 - 60 minit) adalah pada waktu pagi (0500HRS ke 0800HRS), waktu tengah hari (1200HRS - 1400HRS) dan pada waktu petang (1630-1730HRS), memandangkan ini adalah waktu puncak bagi kawasan ini. Sekiranya anda menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Kampung Beladin, sila rancang masa perjalanan anda dengan sebaik-baiknya supaya anda tiba ke pangkalan feri ini pada masa yang disarankan bagi mengelakkan kenaikan tahap tekanan darah yang tinggi, kecualilah anda menaiki ambulans ketika kecemasan, ataupun anda adalah bodyguard untuk pegawai penting kerajaan; barulah masa anda tidak akan terbuang di kawasan feri ini.
Setelah sampai ke kawasan seberang, jarak yang perlu ditempuhi adalah sejauh 7 km untuk tiba ke Kampung Beladin, dan seterusnya SMK Beladin. Bagi pelawat yang baru sampai ke kawasan ini, anda akan melintasi simpang ke Kampung Beladin, dan simpang ke Masjid Kampung Beladin sebelum tiba ke simpang SMK Beladin. Anda tidak perlu risau dengan risiko sesat ataupun hilang arah untuk sampai ke SMK Beladin, kerana selepas anda sampai ke kawasan Kampung Beladin, bangunan sekolah akan jelas dilihat dari jalan utama. Anda hanya perlu masuk ke simpang yang betul dari jalan utama untuk sampai ke pintu masuk utama sekolah.
PERJALANAN KE SMK BELADIN DARI SIBU
Sekiranya anda memulakan perjalanan anda dari Sibu (Lapangan Terbang Sibu), anda juga perlu menggunakan kenderaan darat seperti van, kereta ataupun bas ekspress untuk sampai ke Bahagian Betong dan Pusa untuk sampai ke SMK Beladin. Sekiranya anda inginkan masa perjalanan yang lebih pendek untuk ke Daerah Betong, adalah disarankan untuk anda menggunakan jalan dari Sibu, kerana jarak yang lebih pendek berbanding perjalanan dari Kuching. Antara pilihan kenderaan awam untuk ke kawasan ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan van dan bas ekspress, dan Sibu mempunya lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari daerah Betong.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, tempoh masa perjalanan ke SMK Beladin banyak bergantung kepada destinasi awal anda, jenis kenderaan yang digunakan serta masa anda sampai ke kawasan feri Pusa. Walaupun masa yang digunakan untuk ke kawasan ini adalah agak panjang, namun harus diingat bahawa kebanyakan kawasan di Sarawak mempunyai jarak yang agak jauh antara satu kawasan ke satu kawasan yang lain berbanding dengan kawasan di negeri yang lain di Malaysia. Selain menggunakan kenderaan awam untuk ke kawasan Beladin, anda juga boleh menggunakan kenderaan sendiri atau sewa setelah sampai ke kawasan ini, dengan syarat kenderaan anda masih menggunakan rim yang standard bagi mengelakkan daripada tersangkut di kawasan feri.
Semga berjaya, dan Selamat Datang ke SMK Beladin!!!
Pangkalan Feri di seberang |
Batang Saribas, Pusa |