Sejarah Penubuhan SMK Beladin

Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin telah mula beroperasi pada 16 November 2005. Sekolah ini pada mulanya diterajui oleh Encik Shafie Bin Ayup selaku Penolong Kanan  Pentadbiran dan telah memangku tugas     pemangku Pengetua SMK Beladin selama beberapa bulan. Pada mulanya, seramai 8 orang guru telah di tempatkan untuk mengajar di SMK Beladin. Selain itu, terdapat 4 orang staf sokongan yang turut ditempatkan di SMK  Beladin iaitu seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Makmal dan 2 orang Pembantu Am Rendah (PAR). 

Buat pertama kalinya sebanyak 6 buah Kelas Tingkatan 1 dan 1   Kelas Peralihan ditawarkan yang ditawarkan. Seramai 269 orang Pelajar Tingkatan 1 dari 5 Buah Sekolah “Feeder School” iaitu SK Maludam, SJK Chung Hua Maludam, SK Semarang, SK Spinang dan SK Beladin. Manakala 10 orang pelajar  Peralihan pula adalah  dari SJK Chung Hua  Maludam.

Sewaktu awal penubuhan sekolah ini, warga SMK Beladin hanya  menumpang di SK Beladin sahaja. Terdapat dua buah blok  bangunan kayu (A dan B) yang setiap satunya mengandungi  enam (6) buah bilik darjah yang lain telah dibina untuk menempatkan warga SMK Beladin. Sebuah blok iaitu blok A diubahsuai untuk dijadikan Pejabat Am, Bilik Guru, bilik    pengetua, penolong kanan, stor, pusat sumber dan  stor/bengkel  KHB,    manakala sebuah blok lagi iaitu blok B telah dijadikan blok akademik bilik kelas.
 
Kemudahan asas lain seperti  tandas, bekalan air bersih serta     telefon tiada disediakan  dan para kakitangan sekolah serta pelajar terpaksa  menggunakan  kemudahan  yang ada di SK Beladin. Pihak sekolah juga terpaksa meminjam kemudahan Dewan Masyarakat Kampung Beladin untuk tujuan perhimpunan  dan tempat pelajar menjalankan aktiviti di luar kelas.
Pada hari pendaftaran (03.01.2006) terdapat seramai 202 pelajar telah melapor diri untuk bersekolah di SMK Beladin. Seramai 7 orang Guru mula mengajar pada hari pertama sekolah dibuka, mereka adalah:

1. En. Shafie Bin Ayup
  ( Penolong Kanan 1 /)Pemangku Pengetua
2. En. Abdul Talip Bin Sulaiman ( Penolong Kanan HEM)
3. En. Sabli Bin Jabir
4. En. Ramlie Bin Andat
5. Pn. Yaslinda bt Mohd Narawi
6. En. Kipeni Bin Mersai
7. Pn. Husszaymah Bt. Abu Samah
8. Pn. Catherine Ak Basin
 
Selain daripada itu sekolah ini juga pada mulanya terdiri daripada 1 orang Pegawai Tadbir, 1 orang pembantu makmal dan 2 orang Pembantu Am Rendah.  Sehingga hujung tahun 2006, kakitangan SMK Beladin bertambah kepada 23 orang iaitu 14 orang guru tetap, 5 orang guru sandaran dan 6 orang staf sokongan.Orang luar yang pertama melawat sekolah ini pada hari pertama persekolahan ialah En Ellen @ Manium Ak Enggang (Pegawai Pelajaran Gabungan Betong).

Pada hari pertama sekolah dimulakan para guru terus menjalankan kewajipan mereka dengan memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) masing-masing.Tanggal 19 Mei 2006 merupakan hari yang paling bersejarah buat seluruh warga sekolah kerana telah berlangsungnya upacara meletak Batu Asas SMK Beladin. Upacara tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein.

Pada tahun 2007, SMK Beladin menambah 1 lagi blok akademik yang baru apabila jumlah pelajar telah bertambah sebanyak 433 orang. Jumlah guru dan staf sokongan sekolah turut bertambah menjadi 31 orang iaitu seramai 26 orang guru dan 5 orang staf sokongan. Blok akademik tersebut mempunyai 7 buah bilik kelas.  Kemudian pada tahun 2008,
sebuah lagi blok bangunan kayu telah dibina untuk dijadikan pusat sumber dan dewan sekolah.
Buat pertama kalinya pelajar-pelajar ambilan pertama 2006 SMK
Beladin telah menduduki Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pada tahun 2008. Seorang pelajar telah berjaya memperoleh keputusan 8A.  Pada
tahun 2009 juga SMK Beladin telah berjaya menghasilkan seorang lagi
pelajar yang mendapat keputusan 8A.  Ini merupakan kejayaan buat SMK Beladin yang serba kekurangan ketika itu.
Pada tahun 2010 SMK Beladin berpindah ke tapak yang baru setelah 3 tahun menumpang di SK Beladin.  Bangunan baru SMK Beladin boleh menampung seramai 1200 orang pelajar. Ia lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti bengkel, bilik muzik, bilik perpustakaan dan
media, bilik pendidikan seni visual, makmal bahasa, bilik geografi dan sejarah, bilik matematik, makmal sains, makmal komputer, bilik rawatan, dewan  serbaguna dan lain-lain lagi.

(Sumber : Beladin Excell 2010)

No comments:

Post a Comment